Hari ini, saya menulis untuk hari semalam. Inilah cerita semalam yang telah menyebabkan saya berhasrat untuk mem'blog' di sini. Maafkan saya kerana menggunakan perkataan mem'blog' kerana setakat ini saya tidak tahu apakah perkataan itu dalam bahasa melayu.
Inilah kisah saya pada hari semalam.
Semalam saya telah ke pameran "Education UK" dan berjumpa dengan semua orang pelik termasuklah pakguard di tempat parking yg perasan dirinya dipanggil 'Bang' sedangkan saya berkata "......BAH' dan bukannya ".....BANG". Saya juga dikejar Makguard semata2 kerana ingin memberikan tiket parkir (peliknya perkataan parking di dalam bahasa melayu) kepada saya tetapi saya tidak pasti apakah fungsi tiket pelik itu kerana saya tidak tahu bangunan itu telah menjalankan sistem bayaran tiket parkir secara manual...saya tidak boleh menggambarkan betapa peliknya sistem tersebut dan hanya orang yang selalu meletak kereta di Sarawak Plaza saja yang memahami kepelikan sistem itu. Semasa menghadiri pameran tersebut saya telah bercakap dengan dua orang perempuan yang juga pelik. Ini kerana apabila saya bertanya tentang kemusykilan saya, saya telah dijawab dengan jawapan yang pelik-pelik sehingga mencabar kewarasan minda saya pada hari ini. Selepas saya mendapati minda saya turut menjadi pelik akhirnya saya keluar dari Grand Margherita dalam keadaan yang pelik lalu menuju ke Sarawak Plaza untuk mencari minuman kerana saya dan sepupu saya kehausan. Peliknya!! Rupa-rupanya bangunan itu sedang diubahsuai menjadikan suasananya bertambah pelik dan akhirnya kami keluar menuju ke lif dalam keadaan yang masih pelik. Sekali lagi kami berjumpa dengan dua orang wanita yang pelik di dalam lif. Kami ingin menuju ke tingkat 5 sementara 2 orang wanita itu ingin ke tingkat 4. Sebaik sahaja pintu lif terbuka di tingkat 4 yang peliknya mereka tidak terus keluar sebaliknya merenung angka yang tertera pada skrin lif dengan lama. Mereka masih tidak yakin bahawa mereka telah sampai ke destinasi mereka, menurut pandangan kami. (Logiklah pintu itu terbuka di tingk 4. terlebih dahulu sebelum ke tingk 5). Akhirnya setelah mereka menerima kenyataan bahawa mereka telah sampai di tingk 4 akhirnya..AKHIRNYA....mereka pun melangkah keluar dari lif itu.
Nampaknya kepelikan ini tidak berakhir di situ sahaja, malah apabila kami sampai di rumah kami mempunyai keinginan yang tinggi untuk menonton satu rancangan hiburan yang pelik di saluran 303 iaitu KBS World. Rancangan hiburan itu telah mempamerkan kepelikan pelajar di Universiti Sejong untuk merebut tawaran biasiswa yang ditawarkan kepada mereka hanya apabila mereka berjaya untuk menyelesaikan cabaran yang pelik-pelik seperti mengangkat kaki sambil memegang kayu pemukul besball selama lebih setengah jam. Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan berkenaan dengan kepelikan rancangan tersebut tetapi saya tidak larat untuk menaip lagi.
~Malaysia digemparkan dengan satu berita baru iaitu perlantikan PM baru kita yang ke-enam...
pelik betul dunia ini sekarang.....
Thursday, April 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahah.
ReplyDeletemsty ko pelik gila kan.kan.
uhuhu~